Penstrukturan semula bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan menjejaskan sebarang kelayakan peminjam untuk mendapatkan pinjaman perumahan atau kemudahan kewangan lain.
Sebarang usul termasuk desakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh agar parti itu meninggalkan Kerajaan Perpaduan perlu terlebih dahulu dibawa kepada pertimbangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim menyangkal kenyataan Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli yang mendakwa wujud masalah dalam pemilihan parti tahun lalu.
Kerajaan melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu termasuk warga asing dan kanak-kanak yang bertindak melakukan kesalahan pembuangan sampah kecil di tempat awam.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan peruntukan berjumlah RM40 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tujuan penurapan semula jalan raya melibatkan hampir 800 jalan di kawasan perumahan di seluruh Perak.
Perak tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan pelancong termasuk yang berkunjung ke kawasan kawasan bukit dan gua batu kapur di sekitar Geopark Lembah Kinta dalam usaha memperkukuhkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Sambutan Ambang Tahun Baru 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, pengunjung dihiburkan dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum, gerai jualan makanan dan minuman serta pertunjukan bunga api penuh warna-warni bagi menyambut tahun baharu