Kerajaan Negeri Perak akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia dalam menggandakan usaha mempromosi 'Pangkor Laut Festival 2026' yang bakal dianjurkan hujung tahun ini.
Perak FA berharap mampu mencipta kejutan dalam pertemuan dengan pasukan Liga Super, Kuala Lumpur (KL) City FC pada aksi Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), di Lumut, pada 18 Januari ini.
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sedang merangka pelan menyeluruh bagi pembangunan bola sepak akar umbi dengan memberi tumpuan khusus kepada pemain berusia 18 tahun ke bawah.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak merekodkan kutipan hasil kompaun RM30.68 juta hasil pelaksanaan tawaran diskaun saman sebanyak 50 peratus, antara 1 November hingga 30 Disember tahun lalu.
Seramai 250 keluarga dari golongan miskin dan miskin tegar di negeri Perak menerima sumbangan Baucar Kelengkapan Persekolahan bernilai RM400 setiap satu menerusi Program Kembali Ke Sekolah 2026 di bawah inisiatif Sejahtera MADANI.
Seorang pekerja ladang sawit terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi Ipoh pada Rabu melepas dan membebaskannya daripada dua tuduhan mengedar dadah methamphetamin seberat lebih 77 kilogram (kg) membabitkan nilai lebih RM6 juta lima tahun lalu.
Cadangan kerajaan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak lebih 10 tahun atau dua penggal mempamerkan komitmen kerajaan dalam mengangkat budaya politik baru dalam amalan demokrasi negara.