Dakwaan kaitkan bapa suspek kes bunuh pelajar KPTM dengan PDRM tak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN – Polis sekali lagi menegaskan dakwaan mengaitkan bapa kepada salah seorang suspek dalam kes pembunuhan penuntut Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah tidak benar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, perkara itu telah pun diperjelaskan sebelum ini oleh Ketua Polis (KP) Kelantan dan Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Bharu.

Menurutnya, dua suspek warga emas yang ditahan sebelum ini juga telah dibebaskan manakala dua lagi suspek remaja berusia 19 tahun akan dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu arahan pertuduhan.

“KP Kelantan, KPD Kota Bharu dah keluar statement (kenyataan) So memang suspek itu tak ada kaitan dengan anak polis pun.

“Dua suspek yang warga emas itu kita telah bebaskan dan dua lagi suspek umur 19 tahun ini memang kita akan bebaskan dengan jaminan. Kita akan tunggu untuk dapat arahan tuduhan, kita akan tuduhlah,” katanya ketika diminta mengulas spekulasi dakwaan suspek anak polis yang masih tular di media sosial.

Terdahulu, Ayob merasmikan Karnival Pencegahan Jenayah Bersama Komuniti dan Majlis Peluncuran Taman Angkat Amanita Kontinjen Pulau Pinang di Padang Kawad Universiti Sains Malaysia di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ayob Khan turut menasihatkan budaya membaca dan memahami keseluruhan maklumat penting bagi mengelakkan salah faham terutama dalam era media sosial ketika ini.

“Saya minta bukan saja orang awam termasuk juga pihak media, dia kena membaca. Kadang-kadang orang baca tajuk sahaja, tak baca habis pun, dia sudah komen.

“Sebab itu surah pertama yang diturunkan adalah Surah Al-Alaq… Iqra’…So jadi nasihat saya kepada masyarakat keseluruhan, khususnya orang Islam, rujuk kepada Surah Al-Alaq

Media pada 1 Mei lalu melaporkan mayat seorang gadis berusia 19 tahun ditemukan dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh, Kelantan.

Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum ditinggalkan di kawasan tersebut. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI