Dua beradik maut dalam perjalanan ke sekolah

BAGAN DATUK – Dua beradik maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan sebuah kereta Perodua Viva di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Datoh di kilometer (km) 45 Jalan Hutan Melintang hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa, Muhammad Lutfil Faiq Abdullah, 15, dan adiknya, Nur Lidiya Faiqah Abdullah, 13, dalam perjalanan dari rumah ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Muara yang terletak kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, dalam kejadian pada jam 7 pagi itu, kedua-dua mangsa terbabit disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah. 

Sementara itu, pemandu wanita Perodua Viva berusia 28 tahun yang terlibat dalam kejadian itu mengalami kecederaan ringan. 

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati penunggang motosikal daripada arah Bagan Datuk menghalang ke Hutan Melintang manakala pemandu kereta dari arah bertentangan. 

“Sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa disyaki telah memotong (kenderaan lain) dengan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta di laluan bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Polis telah merakamkan percakapan pemandu kereta berkenaan dan siasatan lanjut berhubung kemalangan itu masih diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Mana-mana saksi bebas atau yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka atau kamera litar tertutup boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Muhammad Hanif Ghazali di talian 013- 8211978 atau 05-612 2222 bagi membantu siasatan.

“Nasihat pihak polis kepada orang ramai supaya sentiasa memandu mengikut peraturan jalan raya dan undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya lagi. – MG Perak 

 

ARTIKEL BERKAITAN: Van bawa 9 penumpang hilang kawalan punca kemalangan maut di Gerik

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI