Ekspo Jom Makan Ipoh dicadang masuk kalendar pelancongan Perak

IPOH – Ekspo Jom Makan Ipoh dicadang untuk dimasukkan dalam kalendar pelancongan Perak sebagai salah satu acara istimewa bagi memperkenalkan kepelbagaian makanan di bandar raya ini, selain merancakkan ekonomi setempat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, cadangan tersebut akan dikemukakan kepada Tourism Perak.

Menurutnya, penganjuran program berkenaan juga berjaya menghasilkan lima peta makanan terkenal Ipoh yang dilengkapi lokasi kedai makanan untuk memudahkan pelancong mendapatkan maklumat mengenai destinasi kulinari pilihan.

“Peta itu akan dilengkapi kod QR bagi memudahkan orang ramai mencari lokasi serta akan diletakkan di bandar Ipoh lama (Ipoh Old Town) dan Ipoh baharu (Ipoh New Town).

“Mana-mana pelancong yang masuk ke Ipoh, jika hendak cari makanan enak, boleh imbas kod QR itu dan akan terus ke kedai makanan tersebut,” katanya pada sidang media selepas perasmian pembukaan Ekspo Jom Makan Ipoh 2026 di pekarangan Palo 101, di sini malam tadi.

Jom Makan Ipoh dicadang masuk dalam kalendar pelancongan Perak
Suasana sekitar Ekspo “Jom Makan” Ipoh 2026 di pekarangan Palo 101, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 OGOS 2026.

Hadir sama, Kaunselor dan Ketua Seksyen Politik di Kedutaan Jepun di Malaysia, Morishita Masako.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang berkata, penganjur menyasarkan seramai 20,000 pengunjung akan menghadiri ekspo yang berlangsung selama tiga hari itu bermula Jumaat hingga Ahad.

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, aspek kelestarian alam sekitar turut menjadi antara ciri istimewa ekspo tersebut apabila sisa makanan daripada program itu dikumpulkan untuk diproses menjadi baja.

“Wakil daripada Kedutaan Jepun turut hadir kerana KPKT dan Jepun memang kita ada MoU (perjanjian persefahaman) kerjasama kerana negara ini membantu kita untuk membangunkan ekonomi kitaran.

“Jom Makan Ipoh ini juga sebagai medan untuk mendidik supaya budak-budak itu pun mereka sedar betapa pentingnya untuk membangunkan ekonomi yang lestari alam sekitar,”ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ipoh berpotensi besar sebagai destinasi gastronomi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI