‘Empat Kakak’, murah & cantik!

IPOH – Minat mendalam empat bersaudara dalam bidang fesyen mendorong mereka membuka kedai menjual pakaian bundle khusus untuk wanita yang diberi nama Empat Kakak.

Empat Kakak yang terletak di Taman Cempaka, di sini sebelum ini menjual pakaian wanita secara dalam talian dan menerusi reruai (booth) jualan yang ada di sekitar bandar raya Ipoh.

Selain pakaian, Empat Kakak turut menjual kasut, cermin mata, beg tangan, topi dan tudung.
Perniagaan yang bermula sejak 2014 ini kemudiannya mengorak langkah dengan pembukaan kedai pertamanya di Jalan Dato Sagor di sini, pada tahun 2019.

Pemiliknya, Musfirah Mustajab, 31, berkata trend pakaian bundle bukan sahaja menjadi tumpuan golongan berpendapatan rendah malah mereka yang gemar bergaya juga boleh mendapatkan pakaian berkualiti tinggi dengan harga jauh lebih murah berbanding harga yang dijual di pusat beli belah.

Menurutnya, harga pakaian yang dijual bermula serendah RM3 sehingga RM60 dan koleksi mereka diperolehi daripada Amerika Syarikat, Korea, Jepun dan Singapura.

“Kedai kami mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan kerana menawarkan pakaian yang murah, cantik dan berkualiti.

“Bagaimanapun, selepas beberapa bulan menjalankan perniagaan, kedai kami terpaksa ditutup kerana pemilik premis menjual bangunan itu kepada pemilik baharu. Jadi, kami cuba buka kedai baharu di Taman Cempaka.

“Masa awal pembukaan memang ramai pelanggan yang datang namun bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula berkuat kuasa, perniagaan kami sedikit terjejas.

“Alhamdulillah, selepas tamat PKP pelanggan semakin ramai dan pelanggan lama juga sudah tahu kewujudan kami di lokasi baharu.

“Lokasi kami yang terletak berhampiran dengan PUO (Politeknik Ungku Omar) turut menarik minat pelajar untuk singgah ke sini,” katanya.

Kepada peminat pakaian wanita dan aksesori bundle boleh singgah ke Empat Kakak yang terletak di No. 81, Jalan Sri Cempaka, Taman Cempaka, 31400 Ipoh Perak yang dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 1 petang hingga 8 malam. – MG Perak

Read More:

Tahukah anda lima ‘Ter’ di Perak?

Santai hujung minggu: Persembahan Light and Sound di Padang Ipoh saji 10 video 3D menarik

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI