Santai hujung minggu: Persembahan Light and Sound di Padang Ipoh saji 10 video 3D menarik

SEKIRANYA anda tidak tahu ke mana arah tuju bersama rakan dan keluarga di hujung minggu, apa kata bawa mereka bersama-sama untuk menyaksikan persembahan ‘Light and Sound’ di Padang Ipoh.

Persembahan penataan cahaya tiga dimensi (3D) itu diinspirasikan daripada pertunjukkan lampu dan bunyi di luar negara dan Putrajaya.

Menariknya, persembahan yang dipancarkan pada sebuah struktur bangunan dengan ketinggian 15 meter itu berlangsung pada Jumaat sehingga Ahad setiap minggu, bermula pada jam 9 malam.

Antara 10 pengisian video yang ditayangkan adalah sejarah Negeri Perak, koleksi karya Kartunis Diraja Datuk Lat, kepelbagaian kebudayan, tempat-tempat menarik di Perak dan sebagainya.

Selain paparan visual yang menarik, turut disajikan kepada penonton adalah bunyi-bunyian, lagu dan bunyi kesan khas yang memukau.

Tiada bayaran yang dikenakan untuk menonton persembahan penataan cahaya itu, namun jika berkesempatan untuk datang, jangan lupa bawa kerusi dan tikar bagi keselesaan.

Untuk rekod, projek yang dilaksanakan dengan usahasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang menelan belanja RM3 juta itu merupakan sebahagian daripada insiatif pakej pelancongan ‘Kawasan Triangle Bandaraya Ipoh’ oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Ia telah dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam satu majlis yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin dalam satu majlis di Padang Ipoh, pada Mei tahun lalu. – MG Perak

Read More:

Tahukah anda lima ‘Ter’ di Perak?

‘Empat Kakak’, murah & cantik!

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI