Tahukah anda lima ‘Ter’ di Perak?

Terdapat beberapa fakta sejarah bagi dikaitkan dengan nama asal Negeri Perak.

Ada berpendapat bahawa nama ‘Perak’ diambil bersempena dengan keperibadian Bendahara Tun Perak dari Melaka. Namun, ada juga menyatakan bahawa ia diambil dari ‘kilauan ikan dalam air’ yang berkilau seperti perak.

Namun, tahukah anda Negeri Perak juga mempunyai pelbagai fakta yang menarik untuk kita ketahui.

Berikut adalah lima fakta menarik ‘ter’ bagi Negeri Perak.

1. Negeri kedua terbesar di Semenanjung.

Negeri Perak bukan sahaja bersempadan dengan Negeri Pahang, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, malah turut berkongsi sempadan dengan Negara Thailand.

Justeru tidak hairan mengapa Negeri Perak merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung, selepas Pahang, iaitu dengan keluasan hampir kepada 21,000 kilometer persegi.

Disebabkan itu juga jajaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Negeri Perak merupakan jajaran terpanjang bagi negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung.

2. Hutan tertua di dunia.

Taman Negeri Royal Belum, di Gerik dipercayai berusia 130 juta tahun iaitu lebih tua daripada hutan hujan di Amazon, Brazil, ia menjadikan Royal Belum sebagai hutan tertua di dunia.

Berkeluasan 300,000 hektar iaitu bersamaan dengan empat kali Singapura, hutan simpan itu juga merupakan lokasi kepada punca air Sungai Perak iaitu yang terletak di Banjaran Titiwangsa.

3. Sistem kereta api terawal di Malaysia.

Sejarah bagi sistem kereta api di Malaysia bermula apabila laluan kereta api yang menghubungkan Taiping dan Port Weld (kini dikenali sebagai Kuala Sepetang) dibuka pada Jun 1885.

Tujuan utama pembinaan ketika itu adalah sebagai menghubungkan antara kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan yang berada di Port Weld.

4. Negeri terawal mempunyai jumlah kereta yang banyak.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa embinaan sebuah tempat letak kereta bertingkat di Jalan Dato Maharajalela di Ipoh merupakan tempat letak kereta bertingkat pertama di negara ini.

Bangunan yang siap dibina pada April 1962 dan mampu memuatkan 96 kenderaan itu secara tidak langsung menunjukan Bandar Raya Ipoh ketika itu sudah sesak dengan kenderaan kereta.

Malah lebih awal lagi, seorang tokoh perniagaan, Eu Tong Sen, telah diiktiraf sebagai pemilik kenderaan bermotor pertama di negara ini pada tahun 1902.

Bermula dengan huruf ‘PK’ pada nombor pendaftaran, ia kemudian diseragam dan ditukar kepada huruf ‘A’ sebagai pengiktirafan kepada Perak negeri terawal memulakan sistem nombor pendaftaran di Tanah Melayu ketika itu.

5. Menteri Besar Perak terkini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad merupakan Menteri Besar Perak yang ke-14 dan Ke-15 selepas mengangkat sumpah jawatan pada November 2022.

Di bawah pentadbirannya ketika ini, inisiatif ‘Perak Sejahtera 2030’ telah diwujudkan bagi perancangan kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan terhadap negeri dan rakyat selepas dua tahun dilanda wabak COVID-19.

Terdapat enam agenda utama yang digariskan di bawah pelan tersebut, iaitu Jaminan Sekuriti Makanan, Ekonomi Digital, Pembuatan Keputusan Berpacukan Data, Koridor TVET Malaysia, Perlombongan Lestari, serta Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri. – MG Perak

BACA SELANJUTNYA:
Santai hujung minggu: Persembahan Light and Sound di Padang Ipoh saji 10 video 3D menarik

‘Empat Kakak’, murah & cantik!

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI