Enam beradik didakwa edar dadah, berdepan hukuman mati

IPOH – Enam beradik bersama seorang rakan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Affandi Zulkafli, 41; Shahrul Azwan Zulkafli, 38; Muhammad Khairul Azmil Zulkafli, 40; Muhamad Amirul Zulkafli, 29; Mohamad Hafizi Zulkafli, 27; dan Mohamad Shah Herman Zulkafli, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Riduan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Seorang lagi tertuduh, Mohd Ismail Borhan, 43, akan didakwa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 2.30 petang ini berikutan dia mengalami masalah kesihatan.

Mereka didakwa mengedar heroin seberat 118.87 gram di pondok tidak bernombor di sebelah rumah di Kampung Che Zainal Tambahan 1, Ipoh pada 21 Julai 2026.

Kesemua tertuduh yang tidak bekerja itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang daripada 12 kali sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zarris Sofea Zainudin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Zarris Sofea tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Mahkamah menetapkan 22 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan laporan kimia tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lans koperal mengaku tak bersalah memasukkan dadah dalam badan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI