Go-kart, VR, 7D antara tarikan Yik Foong Theme Park

IPOH – Pada zaman dahulu, arked permainan menjadi salah satu lokasi tumpuan khususnya golongan remaja yang ingin menghabiskan masa terluang bermain pelbagai jenis mesin permainan.

Lazimnya, arked permainan beroperasi di bandar besar dalam kompleks beli-belah namun ada juga yang terletak di dalam kedai atau bangunan khusus, contohnya seperti di Kompleks Yik Foong di sini.

Justeru, pusat hiburan keluarga, Yik Foong Theme Park dibuka bagi menghidupkan semula suasana serta menggamit semula memori arked permainan yang pernah beroperasi di bangunan ikonik itu.

Yik Foong Theme Park antara pusat arked terbesar di Ipoh
Pengunjung meluangkan masa bersama keluarga dan rakan bermain pelbagai jenis permainan arked antaranya go-kart (dalam dan luar bangunan), reality maya (VR), movie world 7D (tujuh dimensi), X Jump dan permainan laser di Kompleks Yik Foong, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 DISEMBER 2024.

Jurucakap Yik Foong Theme Park, T Thivayapriya, 24, berkata, pada mulanya pusat hiburan keluarga yang dibuka pada 3 Disember tahun lalu itu hanya beroperasi di tingkat empat sahaja.

Bagaimanapun, dia memaklumkan kini mereka turut beroperasi di tingkat tiga memandangkan terdapat permintaan daripada pengunjung untuk menambah lebih banyak mesin permainan arked.

Yik Foong Theme Park antara pusat arked terbesar di Ipoh
Jurucakap Yik Foong Theme Park, T Thivayapriya, 24, ketika temubual bersama MG Perak di Kompleks Yik Foong, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 DISEMBER 2024.

Katanya, bangunan tersebut dipilih kerana ia mempunyai nilai sejarah tersendiri dan mereka mengambil peluang menjadikannya tempat tarikan orang ramai melibatkan pelbagai peringkat umur untuk bergembira sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan.

“Di sini kami menyediakan pelbagai jenis permainan antaranya go-kart (dalam dan luar bangunan), reality maya (VR), movie world 7D (tujuh dimensi), X Jump dan permainan laser. Kita juga turut menyediakan lebih 20 jenis permainan arked untuk dewasa dan kanak-kanak.

Yik Foong Theme Park antara pusat arked terbesar di Ipoh
Pengunjung meluangkan masa bersama keluarga dan rakan bermain pelbagai jenis permainan arked antaranya go-kart (dalam dan luar bangunan), reality maya (VR), movie world 7D (tujuh dimensi), X Jump dan permainan laser di Kompleks Yik Foong, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 DISEMBER 2024.

“Bagi movie world 7D, pengunjung boleh merasai seolah-olah berada di dalam panggung wayang dengan kerusi bergerak serta kesan khas seperti salji dan hujan.

“Satu lagi permainan sama sedang dibina yang merangkumi kesan khas terbang dijangka akan beroperasi Januari depan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Yik Foong Theme Park antara pusat arked terbesar di Ipoh
Yik Foong Theme Park menyediakan pelbagai jenis permainan antaranya go-kart (dalam dan luar bangunan), reality maya (VR), movie world 7D (tujuh dimensi), X Jump dan permainan laser. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 DISEMBER 2024.

Thivayapriya yang juga bertugas sebagai juruwang di pusat hiburan keluarga tersebut berkata, satu lagi permainan yang popular di situ adalah go-kart.

Menurutnya, terdapat tiga jenis pilihan go-kart untuk kanak-kanak aitu kids kart, junior kart dan junior kart plus.

“Kids kart dan junior kart berada di tingkat tiga serta treknya adalah indoor manakala yang terbaharu, junior plus di tingkat empat.

Yik Foong Theme Park antara pusat arked terbesar di Ipoh
Pengunjung meluangkan masa bersama keluarga dan rakan bermain pelbagai jenis permainan arked antaranya go-kart (dalam dan luar bangunan), reality maya (VR), movie world 7D (tujuh dimensi), X Jump dan permainan laser di Kompleks Yik Foong, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 DISEMBER 2024.

“Kalau untuk dewasa, mereka boleh mencuba mini kart di tingkat tiga manakala mereka yang sukakan aksi drift boleh mencuba go-kart drift yang baharu dua minggu diperkenalkan di sini serta go-kart lain.

“Harga bagi go-kart bermula serendah RM20 hingga RM45 mengikut jenis untuk tempoh 10 minit,“ jelasnya.

Tambahnya, mereka yang datang bersama keluarga atau rakan-rakan juga boleh berjimat dengan mengambil pakej permainan yang disediakan.

Yik Foong Theme Park antara pusat arked terbesar di Ipoh
Pengunjung meluangkan masa bersama keluarga dan rakan bermain pelbagai jenis permainan arked antaranya go-kart (dalam dan luar bangunan), reality maya (VR), movie world 7D (tujuh dimensi), X Jump dan permainan laser di Kompleks Yik Foong, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 DISEMBER 2024.

“Jika datang beramai-ramai kami boleh beri harga pakej jimat, contoh dengan RM200 kami akan bagi kredit untuk permainan bernilai RM270 yang boleh digunakan untuk go-kart, VR, movie world 7D, X jump kecuali permainan arked,“ jelasnya.

Sehubungan itu, mereka yang berminat untuk mencuba permainan-permainan yang disediakan, boleh singgah ke Yik Foong Theme Park yang terletak di tingkat tiga dan empat Kompleks Yik Foong.

Pusat hiburan keluarga ini beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi sehingga 12 tengah malam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Nasi ayam penyet resipi asli negara seberang ‘bersembunyi’ di Jawa Cafe

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI