Hari TLDM dibatalkan – Menteri Pertahanan

LUMUT – Semua acara yang berkaitan dengan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 akan dibatalkan dan digantikan dengan majlis doa selamat pada Jumaat ini bagi menghormati tragedi dua helikopter terhempas yang berlaku di Pangkalan TLDM pagi tadi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembatalan upacara itu turut diperkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM.

“Semua acara dibatalkan dan akan digantikan dengan majlis doa selamat,” katanya pada sidang media selepas meninjau ke lokasi nahas di Stadium TLDM pada Selasa.

Menyentuh berhubung helikopter yang digunakan dalam raptai berkenaan, beliau memaklumkan pesawat pesawat HOM (M503-3) baru sahaja diterima TLDM kira-kira tiga tahun lalu.

“Helikopter yang terlibat iaitu HOM baru saja diterima TLDM dalam tahun 2021 manakala helikopter Fennec (M502-6) adalah helikopter yang diguna pakai bermula tahun 2003.

“Apapun, susulan dari kejadian ini, pihak tentera laut akan menubuhkan jawatankuasa Lembaga Penyiasat yang akan dibantu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan juga Directorate General Technical Airworthiness (DGTA) untuk membantu siasatan,” jelasnya.

Hari TLDM dibatalkan – Menteri Pertahanan
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin pada sidang media selepas melawat tapak lokasi susulan dua buah pesawat terhempas di Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, petang tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 APRIL 2024.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, selain 10 mangsa maut, terdapat seorang cedera dalam kejadian tersebut kerana dia kebetulan berada di kolam renang di lokasi salah satu helikopter terhempas.

“Tiada  kecederaan yang dialami oleh mana-mana pihak di luar melainkan seorang sahaja yang kebetulan sedang berenang di kolam renang tersebut.

“Difahamkan dia sedang berenang dan terkena serpihan daripada helikopter Fennec,” jelasnya.

Ujar beliau, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta TLDM akan membantu dalam pengurusan jenazah serta menguruskan melihat kepada segala manfaat dan faedah-faedah yang sememangnya wajar diterima oleh balu dan juga keluarga mangsa.

Sebelum ini media melaporkan, 10 maut ketika pesawat HOM dan Fennec sedang menjalankan raptai Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.

Mereka yang terkorban dari pesawat HOM (M503-3) dikenal pasti sebagai Komander Muhammad Firdaus Ramli; Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin; Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi; Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun; Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy (Penumpang); Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar dan Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna.

Mangsa yang berada di dalam pesawat Fennec (M502-6) dikenal pasti sebagai Komander Muhamad Amir Mohamad; Leftenan T Sivasutan dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi. – MG Perak

Kesemua mereka berusia antara 26 hingga 40 tahun. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Senarai 10 mangsa nahas pesawat helikopter TLDM terhempas di Lumut

Kesemua 10 kru helikopter TLDM terhempas disahkan terkorban

Helikopter terhempas: Negara berdukacita, beri kesan kepada keluarga ATM – PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI