IPR-INTAN: Perak sedia bincang dengan Kementerian Ekonomi

IPOH – Kerajaan Negeri Perak bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan Kementerian Ekonomi berhubung Program Usahawan Tani (INTAN) di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini kerana kerajaan negeri berhasrat untuk memperluaskan inisiatif itu ke semua daerah.

Kata beliau, usaha berkenaan selari dengan hasrat kerajaan negeri dalam memperkasakan sekuriti makanan yang diterajui Kerajaan negeri Perak melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).

“Kita akan berjumpa dengan Kementerian Ekonomi bagi menawarkan tanah-tanah kepunyaan PPPNP untuk inisiatif IPR-INTAN

“Melalui usaha itu, ia menyelesaikan dua perkara iaitu membasmi kemiskinan dan memperkasakan sekuriti makanan.

“Untuk itu, kita akan berhubung baik dengan kementerian kerana kita mahu memggalakkan kemiskinan di Perak ini dapat dibasmikan melalui kaedah pertanian,” katanya.

IPR INTAN Program Usahawan Tani (INTAN) di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Kementerian Ekonomi perak saarani menteri besar
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada majlis pelancaran projek Inisiatif Pendapatan Rakyat Inisiatif Usahawan Tani Wilayah Ekonomi Koridor Utara (IPR- INTAN NCER) di Hospital Bahagia Hulu Kinta. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 DISEMBER 2023.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran IPR-INTAN Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di Hospital Bahagia Ulu Kinta, dekat sini, pada Selasa.

Ia dirasmikan, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan turut dihadiri Ketua Eksekutif NCIA, Mohamad Haris Kader Sultan.

Terdahulu dalam ucapan perasmian, Rafizi berkata, IPR-INTAN dilihat mampu mewujudkan peluang ekonomi baharu dan seterusnya mengimbangi jurang ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Suntikan ekonomi yang mampan ini akan membantu mengurangkan kadar migrasi penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar.

“Jadi, untuk itu saya serahkan kepada kerajaan negeri untuk mencari tanah atau kawasan yang menepati syarat untuk melaksanakan inisiatif ini bersama dengan pihak swasta,” ujarnya lagi.

IPR INTAN Program Usahawan Tani (INTAN) di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Kementerian Ekonomi perak saarani menteri besar
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar bersama peserta projek Inisiatif Pendapatan Rakyat Inisiatif Usahawan Tani Wilayah Ekonomi Koridor Utara (IPR- INTAN NCER) pada majlis pelancaran (IPR- INTAN NCER) Ulu Kinta di Hospital Bahagia Hulu Kinta. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 DISEMBER 2023.

Program INTAN di bawah IPR adalah pendekatan serampang yang diambil oleh Kementerian Ekonomi dalam menangani isu keselamatan dan keterjaminan makanan melalui kaedah pertanian moden.

Usaha itu juga secara tidak langsung membantu membasmi kadar kemiskinan rakyat demi kemapanan masa depan negara.

Setakat ini, Kementerian Ekonomi melaksanakan IPR-INTAN di lima ladang iaitu satu di Bukit Tangga, Kedah serta masing-masing dua di Chupping, Perlis dan Ulu Kinta, Perak yang kesemuanya untuk tempoh tiga tahun.

Di Ulu Kinta, tanah seluas 8.1 hektar diperuntukkan untuk tanaman cili dan terung yang melibatkan 30 peserta dalam kalangan B40 dan belia. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Rombakan Kabinet: Menteri yang kekal ada nilai tambah – Rafizi

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI