Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melihat perlawanan sepak takraw pada Program Jom Healing Peringkat Negeri Perak di Pekan Parit.
Turut sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 DISEMBER 2024.
Kira-kira 2,500 pengunjung memeriahkan Program Jom Healing Peringkat Negeri Perak anjuran Pejabat Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, di Pekan Parit pada Ahad.
Program turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang meluangkan masa beramah mesra serta sesi soal jawab bersama penduduk di Pulau Cempakasari, Parit.