Kabin jadi pusat aktiviti komuniti Taman Meru Perdana 2

IPOH – Hasrat penduduk Taman Meru Perdana 2 di sini, untuk mendapatkan kemudahan komuniti akhirnya direalisasikan dengan penempatan sebuah kabin yang akan dijadikan pusat aktiviti penduduk di kawasan tersebut.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Meru Perdana 2, Mohd Nazri Mohd Ariff berkata, pemilihan kabin sebagai fasiliti komuniti dibuat berdasarkan cirinya yang fleksibel, mudah dipasang serta lebih menjimatkan kos berbanding pembinaan bangunan kekal.

Menurutnya ketiadaan dewan atau ruang komuniti sebelum ini menyebabkan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan agak terhad, sekali gus mendorong pihak persatuan mencari alternatif yang lebih praktikal.

“Kita mohon kabin ini kerana di sini memang tiada dewan komuniti atau kemudahan seumpamanya. Jadi agak sukar untuk kita jalankan aktiviti masyarakat.

Ahli Persatuan Penduduk Taman Meru Perdana 2, Ipoh melihat ruangan dalam kabin selepas majlis penyerahannya oleh Pegawai Khas Menteri Besar Perak DUN Manjoi, Datuk Asmuni Awi hari ini. Foto ABDULLAH YUSOF 12 MEI 2026.

“Dengan kos yang lebih rendah, kita pilih kabin sebagai penyelesaian,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kabin Persatuan Penduduk Taman Meru Perdana 2 yang disempurnakan Pegawai Khas Menteri Besar Perak Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, Datuk Asmuni Awi di sini pada Selasa.

Katanya, kabin itu akan digunakan sebagai pusat pelbagai aktiviti termasuk penyimpanan barangan persatuan serta penganjuran program kemasyarakatan seperti penyediaan bubur lambuk pada bulan Ramadan dan pelbagai majlis komuniti lain.

Tambahnya, kemudahan itu bakal memberi manfaat kepada kira-kira 400 buah rumah di kawasan berkenaan dan menjadi tumpuan utama setiap aktiviti penduduk. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Komuniti perlu main peranan aktif pelihara kebajikan warga emas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI