Kajian Dasar Perumahan Negeri Perak perlu lihat pelbagai aspek

IPOH – Saranan supaya Dasar Perumahan Negeri Perak 2018-2025 dikaji semula dalam menyelesaikan masalah rumah tidak terjual ekoran harga terlalu mahal harus dilihat dari pelbagai aspek termasuk peningkatan kos bahan binaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kebergantungan terhadap bahan binaan yang diimport seperti besi memberi kesan kepada kos rumah sehingga ia melebihi RM200,000.

Katanya, di samping itu, layanan adil juga harus diberikan kepada pemain industri hartanah yang terpaksa membeli bahan binaan dengan harga mahal namun menjual rumah pula pada harga lebih rendah.

Dasar Perumahan Negeri Perak rumah tidak terjual kos bahan binaan menteri besar perak datuk seri saarani mohamad bahan Kajian Dasar Perumahan Negeri Perak perlu lihat pada aspek kos bahan binaan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tiga, kiri) menerima cenderahati ketika hadir merasmikan Majlis Perasmian Bangunan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Perak di Ipoh, pagi tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 MEI 2024.

“Di sini kita boleh menyediakan bahan seperti pasir, simen, dan tana merah. Akan tetapi, bahan-bahan binaan lain seperti besi, ia perlu diperoleh dari luar. Untuk hal itu, ia melibatkan cukai import, dan ia harus dibincangkan di peringkat Persekutuan (jika hendak dilihat semula).

“Saya merasakan bukan di Perak sahaja, malah ia berkaitan dengan keperluan pemain industri di seluruh negara yang membeli barang binaan daripada luar dengan cukai tinggi. Jika dapat dikawal cukai import, mungkin ia boleh mengurangkan kesan kenaikan harga bahan binaan yang diimport,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Perasmian Bangunan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Perak, di Taman Istana di sini, pada Isnin.

Dasar Perumahan Negeri Perak rumah tidak terjual kos bahan binaan menteri besar perak datuk seri saarani mohamad bahan Kajian Dasar Perumahan Negeri Perak perlu lihat pada aspek kos bahan binaan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Perasmian Bangunan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Perak di Ipoh, pagi tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 MEI 2024.

Hadir sama, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Mohamed Akmal Bin Dahalan serta, Pengerusi REHDA Perak, Raymond Chan Chee Keong.

Dalam pada itu, Saarani memberitahu Perak memerlukan sebanyak 57,407 unit rumah di seluruh negeri bagi memenuhi keperluan penduduk menjelang tahun 2030.

Jelas beliau, ia meliputi rumah bagi kategori kos rendah, sederhana dan mampu milik dalam memastikan semua lapisan masyarakat berpeluang memiliki kediaman sendiri.

Menurut Saarani, unjuran bilangan unit rumah itu dibuat berasaskan kepada jangkaan pembangunan yang bakal dibangunkan di seluruh negeri termasuk Automotive High Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim dan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) di utara Perak.

Dasar Perumahan Negeri Perak rumah tidak terjual kos bahan binaan menteri besar perak datuk seri saarani mohamad bahan Kajian Dasar Perumahan Negeri Perak perlu lihat pada aspek kos bahan binaan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media ketika hadir merasmikan Majlis Perasmian Bangunan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Perak di Ipoh, pagi tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 MEI 2024.

“LPHP membuat unjuran berkenaan berasaskan kepada pembangunan termasuk kepada bilangan rumah-rumah sedia ada yang tidak terjual.

“Kebanyakan rumah yang tidak terjual di Perak adalah disebabkan sebelum ini (sewaktu pandemik COVID-19) semua orang tidak mempunyai pendapatan.

“Tetapi kini, kita yakin lebih banyak rumah akan terjual (kerana ekonomi sudah mula rancak kembali),” katanya.

Sebelum ini MG Perak melaporkan, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Ridhuan Bos Abdullah menyarankan agar Dasar Perumahan Negeri Perak dapat dilihat semula.

Ia susulan lebih 2,300 unit rumah yang tidak terjual di Perak merupakan majoriti rumah berharga RM200,000 ke atas. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lihat semula Dasar Perumahan Negeri Perak 2018-2025 – Pakar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI