Kanak-kanak lelaki cedera seluruh badan didera bapa, ibu tiri

BAGAN SERAI – Seorang kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa penderaan bapa dan ibu tirinya di Ladang Kalumpong, di sini, berjaya diselamatkan polis pada 10 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superitendan Juna Yusoff berkata, mangsa berusia enam tahun mengalami kecederaan di muka, dada, perut, kedua-dua tangan, kaki dan peha selepas dipukul bapa dan ibu tirinya.

Menurut beliau, pihak polis telah menerima satu laporan penderaan ke atas kanak-kanak berkenaan pada jam 4.09 petang 10 Oktober lalu sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Bertindak atas laporan polis yang dibuat, lebih kurang jam 5.30 petang sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, telah menahan bapa mangsa berusia 47 tahun bersama ibu tirinya berusia 33 tahun.

“Kedua-dua mereka ditahan di sebuah rumah di Ladang Kalumpong, Bagan Serai untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Juna berkata, pihak polis turut merampas tiga botol cecair disyaki ketum yang ditemui dalam serbuan tersebut bersama beberapa alatan dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian muka, dada, perut, kedua-dua tangan, kaki dan peha akibat dipukul.

“Mangsa kini ditahan di Hospital Taiping dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua pasangan suami isteri berkenaan ditahan reman bermula 10 sehingga 14 Oktober bagi membantu siasatan.

Tambahnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bapa dera anak dua tahun dicekup

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI