Kasut but selamatkan lelaki daripada jerangkap babi

BAGAN DATUK – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kasut but dipakainya terkena jerangkap babi dalam kejadian di Kampung Parit 17 Baroh, Sungai Sumun, di sini pagi Rabu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bagan Datuk, Kapten (PA) Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 11.19 pagi.

Menurutnya, sepasukan lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kemudiannya digerakkan ke lokasi bagi membantu mangsa yang

“Lelaki berusia 57 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius kerana jerangkap itu hanya terkena kasut but yang dipakai lelaki terbabit.

“Mangsa hanya mengadu rasa kebas pada bahagian kaki selepas jerangkap tersebut berjaya dipotong.

“Selepas kaki mangsa dilepaskan, dia memaklumkan hanya berasa kebas namun enggan mendapatkan rawatan lanjut di klinik walaupun dinasihatkan berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya sekitar jam 12.12 tengah hari. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Anggota APM Bagan Datuk parah, trak pikap terbabas elak anjing

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI