KBS sambut baik usul Velodrom Azizulhasni, hargai jasa ‘The Pocket Rocketman’

TAIPING – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik usul yang diluluskan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi menamakan semula Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan sebagai Velodrom Azizulhasni.

Menterinya, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, ini kerana ‘The Pocket Rocketman’ merupakan aset berharga yang mengharumkan negara di mata dunia dalam sukan berbasikal trek.

“Saya menyambut baik berkenaan perkara tersebut kerana Datuk Jijoe (Azizulhasni) merupakan aset negara kita.

“Sudah pasti kita akan mengadakan perbincangan yang lebih dalam bersama persatuan (PKBM) dan juga semua pihak-pihak yang terlibat dengan perkara tersebut,” katanya.

Beliau berkata dekimian pada sidang media selepas hadir ke Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Malaysia 2026 (MIMAC 3.0) di Dataran Warisan Taiping, di sini, pada Ahad.

Mohamed Taufiq, turut menyifatkan pemenang pingat perak Sukan Olimpik di Tokyo itu juga merupakan aset yang perlu dijaga serta dilestarikan.

“Jadi Insya-Allah di peringkat Kementerian Belia dan Sukan, kita sentiasa terbuka berkenaan dengan perkara tersebut.

“Kita melihat bahawa aset-aset negara kita ini perlulah diangkat dan terus diberikan penghargaan di peringkat kementerian dan juga di peringkat kerajaan itu sendiri,” katanya.

Terdahulu media melaporkan PKBM meluluskan usul agar Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan dinamakan semula sebagai Velodrom Azizulhasni bagi menghargai sumbangan besar atlet terbabit kepada sukan berbasikal negara.

Presidennya, Amarjit Singh Gill berkata, usul itu dipersetujui sebulat suara oleh ahli gabungan mereka pada mesyuarat agung tahunan badan induk itu pada Ahad dan akan di bawa ke KBS untuk pertimbangan memandangkan velodrom itu merupakan hak milik kerajaan. -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI