Kemelut berakhir, Perak FC setuju hantar pasukan bola sepak ke SUKMA – Exco

IPOH – Kemelut antara Perak FC dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak menemui titik noktah apabila Skuad The Bos Gaurus bersetuju untuk melepaskan pemain bawah 20 tahun mereka menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak, Ogos depan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, keputusan itu dicapai melalui satu pertemuan antara dua badan itu yang dipengerusikan beliau pada dua minggu lalu.

Katanya, hasil pertemuan itu, Perak FC menyatakan komitmen dalam membantu MSN terhadap penyediaan skuad bola sepak negeri bagi beraksi dalam temasya dwitahunan itu di Kuching.

Perak FC dan Majlis Sukan Negeri MSN Negeri Perak SUKMA Sarawak kemelut Perak FC setuju hantar pasukan bola sepak ke SUKMA Khairudin Abu Hanipah
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika hadir pada Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Sukan Negeri Perak dan Countdown 100 Hari SUKMA Sarawak XXI (ke-21) 2024 di Galasa Caldwell, Ipoh.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim. Foto ABDULLAH YUSOF, 8 MAY 2024.

“Tidak timbul lagi cakap-cakap yang mengatakan Perak FC tidak mahu hantar pemain atau tidak bantu (untuk Kontinjen Perak di SUKMA nanti). Sebaliknya Perak FC akan bersama membantu MSN untuk skuad bola sepak.

“Dan besar harapan kita untuk menjadi juara dalam acara bola sepak pada SUKMA nanti, kerana mengikut sejarahnya, kita pernah memenangi emas pada tiga edisi temasya itu berturut-turut.

“Jadi, tidak mustahil dengan adanya komitmen, kesungguhan dan penglibatan daripada Perak FC bersama dengan MSN, saya cukup yakin kita mampu menjadi pasukan yang hebat dalam acara bola sepak nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Sukan Negeri Perak dan Pengiraan Detik 100 Hari Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak, di Galasa Caldwell, dekat sini, pada Rabu.

Pada majlis, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan insentif berjumlah RM24,350 kepada 26 atlet yang telah melakar kejayaan dalam pelbagai kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Perak FC dan Majlis Sukan Negeri MSN Negeri Perak SUKMA Sarawak kemelut Perak FC setuju hantar pasukan bola sepak ke SUKMA Khairudin Abu Hanipah
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah pada sidang media Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Sukan Negeri Perak dan Countdown 100 Hari SUKMA Sarawak XXI (ke-21) 2024 di Galasa Caldwell, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 8 MAY 2024.

Di samping itu, Khairudin yakin pasukan bola sepak SUKMA yang akan dibentuk Perak FC nanti akan terdiri dengan pemain-pemain terbaik.

“Kebanyakkan pemain Perak FC khususnya bawah 20 tahun ini hasil daripada pemilihan daripada pelbagai kejohanan seperti Piala Cheetah dan Piala Belia.

“Dan mereka ini adalah antara pemain-pemain yang sememangnya terbaik dalam Negeri Perak,” jelas beliau lagi.

Sebelum ini media melaporkan, wujud kemelut selepas Perak FC berkemungkinan enggan melepaskan pemain bawah 20 tahun mereka untuk mewakili negeri ke SUKMA yang dijadualkan berlangsung Ogos depan.

Perkara itu berlaku disebabkan atas faktor tajaan dan kekurangan sokongan kewangan yang tidak mencukupi disalurkan MSN Perak.

Untuk rekod, pasukan bola sepak Perak pernah merangkul ibu segala pingat emas pada acara SUKMA edisi 2014, 2016 dan yang terakhir pada tahun 2018 ketika Perak menjadi tuan rumah kejohanan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Dua atlet SUKMA Perak digugurkan kerana masalah displin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI