Keputeraan Sultan Perak: Lebih 3,000 hadir majlis kesyukuran, doa selamat

IPOH – Lebih 3,000 jemaah hadir ke Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di sini pada Jumaat.

Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke majlis yang berlangsung di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Musa Mahadi, sekitar jam 12.30 tengah hari.

Hadir mengiringi, keberangkatan baginda Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Turut hadir, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah, dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Harith Fadzilah Abdul Halim.

Majlis dimulakan dengan majlis bacaan Surah Yassin dan Doa Selamat sebelum disusuli dengan Solat Jumaat yang dipimpin Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah, Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan.

Terdahulu, Syed Mohd Muzaffar membacakan teks Khutbah Jumaat yang bertajuk ‘Raja Adil Negara Stabil’ yang disediakan JAIPk.

Menerusi khutbah berkenaan beliau berkata, rakyat wajib taat kepada raja pemerintah yang adil demi memastikan kestabilan negeri dan kerukunan masyarakat.

Justeru ujarnya, institusi beraja sebagai tonggak kestabilan perlu dipertahankan kerana ia berperanan sebagai payung negeri dan negara yang menjunjung amanah bagi menyempurnakan tanggungjawab dalam Perlembagaan Negara serta Undang-undang Tubuh negeri.

“Raja pemerintah bukan institusi yang kaku sekadar bahan hiasan untuk melakukan tugas-tugas keraian semata-mata.

“Sebaliknya raja pemerintah sebagai ketua negeri mempunyai tugas dan tanggungjawab duniawi terhadap rakyat dan negeri, di samping tanggungjawab terhadap Ilahi yang akan dinilai pada hari kebangkitan,” katanya melalui teks khutbah sama. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Hari Keputeraan: Sultan Nazrin biaya makanan tengah hari 7,800 banduan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI