Kerjasama PH-BN Perak diyakini kekal sehingga PRU-16

SUNGAI SIPUT – Kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam mengemudi pentadbiran di Perak diyakini akan kekal sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, ini kerana dalam tempoh setahun, hubungan antara dua gabungan parti politik itu dilihat semakin kuat.

Malah katanya gagasan Pelan Perak Sejahtera 2030 yang dicetuskan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad bukan sahaja mendapat sokongan penuh dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan, juga turut disokong ADUN Pembangkang.

PH BN Perak kerjasama politik kerajaan perpaduan kerajaan madani PRU-16 PH BN Perak kerjasama politik kerajaan perpaduan kerajaan madani PRU-16 politik perak madani perak
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun pada sidang media Sambutan Rumah Terbuka Deepavali 2023 Peringkat Daerah di Arena Sungai Siput. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 NOVEMBER 2023.

“Jika ada yang kata hubungan BN-PH ini masih muda dan rapuh itu tidak benar, kerana sehingga hari ini tidak ada sebarang masalah timbul dalam kalangan ADUN kerajaan.

“Oleh itu, saya yakin kerjasama di bawah pimpinan Datuk Seri Saarani akan terus kuat kerana semua wakil rakyat kerajaan mahukan semangat perpaduan demi ke arah pembangunan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sambutan Rumah Terbuka Deepavali 2023 Peringkat Daerah di Dewan Arena Sungai Siput, pada Ahad.

PH BN Perak kerjasama politik kerajaan perpaduan kerajaan madani PRU-16 PH BN Perak kerjasama politik kerajaan perpaduan kerajaan madani PRU-16 politik perak madani perak
Ahli Parlimen Sungai Siput, S.Kesavan hadir ke Sambutan Rumah Terbuka Deepavali 2023 Peringkat Daerah di Dewan Arena Sungai Siput. Turut hadir Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 NOVEMBER 2023.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Siput, S. Kesavan juga yakin bahawa semangat perpaduan dalam kalangan wakil rakyat PH dan BN di peringkat persekutuan juga kukuh.

Katanya, kerjasama dua gabungan yang turut membentuk Kerajaan Perpaduan di Putrajaya disifatkan sebagai acuan politik yang menjadi pilihan utama rakyat ketika ini.

“Pengukuhan Kerajaan Perpaduan jelas dilihat apabila ada beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) juga memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.

“Jadi ia jelas bahawa kekuatan majoriti dua pertiga di Parlimen ini menunjukkan bahawa pentadbiran pusat ketika ini merupakan sebuah kerajaan yang stabil dan mengikut kehendak semasa,” jelas beliau.

PH BN Perak kerjasama politik kerajaan perpaduan kerajaan madani PRU-16 PH BN Perak kerjasama politik kerajaan perpaduan kerajaan madani PRU-16 politik perak madani perak
Ahli Parlimen Sungai Siput, S.Kesavan pada sidang media Sambutan Rumah Terbuka Deepavali 2023 Peringkat Daerah di Dewan Arena Sungai Siput. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 NOVEMBER 2023.

Pasca PRU=15, menyaksikan tiada mana-mana parti sama ada di Perak mahupun di peringkat Persekutuan yang memperoleh majoriti bagi membentuk kerajaan.

Saarani mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak Ke-15 di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 21 November tahun lalu.

Ia menyaksikan kerajaan Perak ditubuhkan dengan gabungan 24 ADUN daripada PH bersama sembilan ADUN BN, yang membentuk majoriti 33 kerusi DUN daripada 59 kerusi.

Sementara di Persekutuan, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu.

Kerajaan Perpaduan yang dikemudikan beliau terdiri daripada PH, BN, WARISAN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hasil pembentukkan kerjasama politik pasca PRU-15. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

‘Pembangkang mahu rampas Perak? Tak salah berangan’ – Saarani

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI