Ketatkan penguatkuasaan Akta 852 di tempat awam, rumah ibadat

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa mengetatkan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) di tempat-tempat awam khususnya rumah ibadat.

Persatuan Kebajikan Dinamik Sinar Kasih Malaysia (DSK) berkata, adalah penting bagi memastikan kawasan awam bebas daripada amalan merokok termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape.

Presidennya, Datuk N Sivakumar yang juga Penaung Sri Maha Mariamman Kuil Dhevastanam Kuala Lumpur berharap, Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan Akta 852 tanpa sebarang kompromi.

Beliau turut meminta KKM supaya mewartakan Kuil Batu Caves sebagai kawasan larangan merokok.

“Saya cadangkan supaya KKM dapat jadikan kuil Batu Caves antara ‘spot’ wajib promosi penguatkuasaan akta bagi memastikan keberkesanan undang-undang tersebut dirasai oleh semua lapisan masyarakat termasuk pelancong,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Sivakumar juga menggesa KKM mengenakan tindakan terhadap warga asing walaupun mereka berada di Malaysia untuk tempoh singkat. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI