KPDN Perak rampas lebih 72,000 ‘marker pen’ tiruan bernilai RM183,990

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas 72,616 unit alat tulis pen penanda (marker pen) disyaki tiruan bernilai RM183,990 dalam dua serbuan berasingan di Ipoh dan Kuala Kangsar, semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi tersebut dijalankan susulan aduan dan maklumat daripada wakil pemilik cap dagang yang mengesan penjualan secara dalam talian alat tulis berjenama terkenal yang dipercayai tiruan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua premis terbabit menemukan pelbagai jenis dan warna marker pen yang disyaki menggunakan cap dagangan berdaftar secara salah.

“Wakil syarikat pemilik cap dagang telah membuat pengesahan awal dan mendapati barangan berkenaan disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Cap Dagangan 2019,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemilik premis disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 kerana memiliki, menjaga atau mengawal barang bagi tujuan perdagangan yang menggunakan cap dagangan berdaftar secara salah sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 100 akta sama.

“Kesemua barangan serta dokumen berkaitan telah disita bagi membantu siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan yang melibatkan dua premis tersebut dianggarkan berjumlah RM183,990,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019 kerana disyaki menggunakan cap dagangan berdaftar tanpa kebenaran pemilik yang sah. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KPDN Perak sita 24,060 kg minyak masak bernilai RM153,660

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI