Lelaki bersama empat rakan dituduh bunuh adik kandung

IPOH – Seorang lelaki bersama empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu atas pertuduhan secara bersama membunuh adik lelaki kandung di kawasan berhampiran sebuah kuil di sini, minggu lalu.

Tertuduh, SK Siri Sakti Vell, 22; K Thiruchelvan, 33; Shashipal Singh Manmuhan Singh, 36; N Thaneshwaran, 24; dan P Ukenthiran, 35; mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Norizan Riduan.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, kelima-lima tertuduh dengan seorang yang masih bebas secara bersama melakukan bunuh terhadap SK Kerisnan, 18.

Kesalahan itu dilakukan berhampiran Kuil Sri Subramaniar, di Jalan Perpaduan Southward Tanjung Rambuan, dalam daerah Kinta antara jam 1 hingga 4 pagi, 12 Mei 2026.

Pertuduhan kesemua mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

bunuh adik kandung Ipoh Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bunuh Tanjung Rambutan, mayat remaja dalam kereta Ipoh, kes bunuh kabel Ipoh
Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu atas pertuduhan secara bersama membunuh seorang remaja lelaki di kawasan berhampiran sebuah kuil di sini, minggu lalu.
Tertuduh, SK Siri Sakti Vell, 22; K Thiruchelvan, 33; Shashipal Singh Manmuhan Singh, 36; N Thaneshwaran, 24; dan P Ukenthiran, 35; mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Norizan Riduan. Foto ABDULLAH YUSOF 20 MEI 2026.

Ia memperuntukkan hukuman mati atau penjara selama tempoh 30 hingga 40 tahun, dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Zarris Sofea Zainudin memohon satu tarikh lanjutan bagi membolehkan pihaknya memperoleh laporan penuh bedah siasat dan perubatan mangsa.

Tiada jaminan ditawarkan memandangkan kes berkenaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kelima-lima tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 Julai untuk sebutan semula kes.

Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya menahan lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang remaja dalam sebuah kereta di Jalan Lang Indah A/5 di sini, minggu lalu.

Kata beliau, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta jenis Honda Accord sekitar jam 5.45 petang, 12 Mei lalu sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan di kepala akibat hentakan daripada objek tumpul.

Muhammad Najib berkata, siasatan lanjut mendapati sebelum kejadian, mangsa telah dibawa ke kawasan kuil di Tanjung Rambutan sebelum dipercayai dipukul secara beramai-ramai dengan menggunakan tangan, kaki serta beberapa objek tumpul.

Motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan berkaitan kegiatan mencuri kabel. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Penganggur didakwa bunuh jiran warga emas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI