KPM salur RM300,000 kepada tujuh sekolah di Taiping

TAIPING – Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan sebanyak RM300,000 kepada tujuh sekolah pelbagai kategori di sekitar Daerah Taiping, pada Jumaat.

Ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil serta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, peruntukan khas itu diberikan untuk kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti dan infrastruktur di semua sekolah berkenaan.

Katanya, peruntukan yang disalurkan itu bertujuan mewujudkan suasana selesa kepada warga sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berucap ketika hadir melakukan lawatan kerja di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Khair Lil Banat, Kamunting, pagi ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 MEI 2024.

“Pembangunan sekolah, kebajikan dan kepentingan anak-anak murid kita, itu merupakan salah satu fokus KPM.

“Ia supaya kita dapat mendidik anak-anak ini dengan keadaan selesa dan seterusnya mereka mampu berjaya dalam bidang pendidikan serta akan menyumbang kembali kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pendidikan ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Khair Lil Banat, di Kamunting, dekat sini, pada Jumaat.

Kementerian Pendidikan KPM Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh peruntukan taiping perak KPM salur RM300,000 kepada tujuh sekolah di Taiping
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh beramah mesra bersama pelajar ketika hadir melakukan lawatan kerja di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Khair Lil Banat, Kamunting, pagi ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 MEI 2024.
Kementerian Pendidikan KPM Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh peruntukan taiping perak KPM salur RM300,000 kepada tujuh sekolah di Taiping
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh beramah mesra bersama pelajar ketika hadir melakukan lawatan kerja di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Khair Lil Banat, Kamunting, pagi ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 MEI 2024.

Tambah Kah Woh, lawatan kerja seumpama itu juga membantu KPM untuk mengetahui dan memahami keperluan semasa sekolah, di samping menjaga kebajikan warganya.

“Saya berpegang kepada prisip di mana setiap sen wang rakyat diamanahka harus dibelanjakan dengan penuh hemah. Dan untuk ini, ia bagi meningkatkan kebajikan dan mengutamakan kepentingan anak-anak kita.

“Oleh itu, kerajaan ini berlaku adil kepada semua sekolah tanpa mengira sama ada ia adalah sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

RM134 juta untuk naik taraf tandas SBK – Kah Woh

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI