Kuartet 4X100 lolos ke final Sukan Asia

HANGZHOU – Kuartet 4×100 meter (m) lelaki negara beraksi dengan baik untuk  meloloskan diri ke pusingan akhir Sukan Asia di Stadium Olimpik Hangzhou, pada pagi ini.

Gandingan bekas pemegang rekod kebangsaan Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Mohd Fahmi, menampilkan larian bertenaga untuk mencatatkan 39.40 saat (s) pada saringan 1 pusingan pertama.

Catatan itu meletakkan mereka di kedudukan ketiga di belakang kuartet tuan rumah Chen Guanfeng, Xie Zhenye, Yan Haibin dan Chen Jiapeng yang mencatatkan 38.62s dan Korea Selatan (38.75s) dibarisi Lee Jeontae, Kim Kukyoung, Lee Jaeseong dan Park Wonjin.

Secara keseluruhan, kuartet negara menduduki tempat keempat dalam pusingan pertama hari ini untuk mara ke final dengan harapan menduduki podium.

“Bagi saya, larian ini belum 100 peratus sempurna kerana ini merupakan kali pertama kami lari bersama pada tahun ini, tetapi kami semakin bertambah baik. Kami belum berpuas hati untuk larian hari ini, saya percaya esok kita boleh buat yang lebih baik.

“Rancangannya untuk kekal fokus dan mendapat rehat yang cukup untuk berada dalam keadaan yang baik, supaya kami dapat catatkan masa yang baik untuk negara kita,” kata Muhammad Azeem yang meraih gangsa acara 100m dua hari lepas.

Final acara itu dijadualkan pada 9.25 malam, esok.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI