Kurniaan darjah kebesaran manifestasi buat wanita di Perak – Salbiah

KUALA KANGSAR – Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed menyifatkan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang diterimanya pada Ahad sebagai manifestasi penghargaan kepada golongan wanita di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor itu berkata , malah Darjah Kebesaran Negeri Perak yang dikurniakan kepadanya itu merupakan satu amanah buat beliau menjalankan amanah sebagai Exco.

“Saya menjunjung kasih dan penghargaan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang memperkenankan agar saya dikurniakan darjah kebesaran negeri itu.

“Saya juga berpandangan ini adalah manifestasi kepada peranan wanita di negeri ini dan saya selaku Exco yang bertanggungjawab.

“Ini merupakan satu tanggungjawab yang perlu saya pikul dalam melaksanakan peranan sebagai Exco di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke-67, Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada Ahad.

Pada istiadat berkenaan, Salbiah merupakan antara 14 penerima yang dikurniakan DPMP oleh Sultan Nazrin, dengan membawa gelaran Datuk.

Artikel berkaitan: 

Antara individu yang turut menerima darjah kebesaran sama ialah, bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye; ; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Muzafar Shah Mustafa; Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, Ir Hamdan Ali serta Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Mohamad Fauzi Mahson.

Istiadat yang berlangsung di Balairong Seri Istana Iskandariah itu menyaksikan Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh mengetuai senarai 24 penerima darjah kebesaran serta pingat negeri Perak pada sesi pertama, pada Ahad. -MG Perak.

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI