Sultan Nazrin berangkat ke Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Istana Iskandariah, dekat sini, pada Ahad.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Dihilir Perak, serta Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Baginda kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen diketuai Kolonel Abdul Rahim Hamzah, manakala Ketua Kawalan ialah Mejar Muhibburrahman Khairul Anuar.

Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan oleh Pasukan 41 Bateri Regimen Altileri Diraja berpangkalan di Kem Sungai Buluh, Selangor yang diketuai Leftenan Kolenal Muhamad Asri Che Will.

Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke-67 tahun ini, seramai 238 individu mendapat perkenan baginda untuk dikurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak.

Daripada jumlah itu, seramai 23 individu akan menerima darjah kebesaran masing-masing yang membawa gelaran Datuk Seri, Datuk Seri Panglima, Datuk Pahlawan, dan Datuk pada sesi pertama, sementara sesi kedua pada 18 November ini. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI