Lapan jenazah tiba di Kem 23 RAMD untuk disolatkan

IPOH – Lapan mangsa beragama Islam dalam tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut semalam dibawa ke Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) untuk solat jenazah.

Kira-kira 4.55 petang, lapan van jenazah telah tiba di Kem 23 RAMD setelah selesai bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) yang diiringi kenderaan polis dan tentera.

Sementara itu, istiadat rasmi akan dilaksanakan mengikut tradisi tentera laut di setiap lokasi pengebumian mengikut keluarga masing-masing pada hari yang sama.

Selain itu, jenazah Mendiang Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan pula dibawa pulang ke kediaman keluarga di Sitiawan, Perak sebelum disemadikan pada esok.

Manakala jenazah Mendiang Laskar Kanan JJM, Joanna Felicia anak Rohna akan dibawa pulang ke Serian, Sarawak untuk disemadikan menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Terdahulu, proses bedah siasat kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas yang dijalankan di Jabatan Forensik HRPB telah selesai pada jam 2.20 petang hari ini.

Para pengamal media dan orang awam tidak dibenarkan memasuki pekarangan Kem 23 RAMD, Jalan Tambun ketika ketibaan van jenazah tersebut. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI