Larangan jualan arak: Yang tak boleh minum jangan beli – Nga

IPOH – “Yang tak boleh minum (arak) jangan beli tapi kita tak boleh larang orang yang boleh minum untuk beli,“ kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Itu reaksi beliau berhubung isu penjualan minuman keras di premis perniagaan dalam kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing.

Justeru, Kor Ming berkata, PBT disaran untuk mengekalkan dasar sedia ada atau status quo berhubung perkara itu.

Yang tak boleh minum jangan beli – Kor Ming
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada sidang media selepas melawat Pasar Canning, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 JANUARI 2025.

“Kita nak jaga keharmonian semua. Jadi, kita akan kekalkan status quo untuk waktu ini. Jangan lupa itu bukan perniagaan (minuman keras) yang tidak sah di undang-undang dan mereka ada lesen untuk menjalankan perniagaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pasar Pasir Pinji dan lawatan ke Pasar Taman Canning di sini, hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Jenny Choy Tsi Jen.

Katanya, perpaduan rakyat ketika ini sudah berada di landasan yang betul dan semua pihak seharusnya fokus terhadap usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang disanjung di pentas dunia.

“Sebab itu saya sentiasa berikan nasihat, kita jangan hilang fokus dengan isu-isu remeh yang tidak membina.

“Apabila kita terjerumus dalam pelbagai isu polemik, ianya tidak membantu sesiapapun hanya merugikan semua pihak,” ujarnya.

Yang tak boleh minum jangan beli – Kor Ming
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming ketika melawat Pasar Canning, Ipoh.
Turut sama, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Jenny Choy Tsi Jen. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 JANUARI 2025.

Sebelum ini, Rumaizi dilaporkan berkata, mesyuarat di peringkat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah meluluskan dasar larangan penjualan minuman keras dan akan membuat kajian jika terdapat tuntutan penduduk majoriti Muslim sebelum larangan penjualan minuman keras dikuatkuasakan.

Menurutnya, pelaksanaan larangan menjual minuman keras di Gugusan Manjoi telah dikuatkuasakan sekitar tahun 2000 dan 2021 susulan bantahan besar-besaran oleh penduduk setempat. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MBI bakal laksana larangan jual arak di kawasan majoriti muslim di Ipoh

Sambut baik larangan jual arak di kawasan majoriti muslim 

Sekatan jualan arak: MCA perlu hormat sensitiviti umat Islam

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI