Lebih 200 hadir majlis kesyukuran, doa selamat hari keputeraan Sultan Perak

KUALA KANGSAR – Lebih 200 jemaah hadir ke Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pada Jumaat.

Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke majlis yang diadakan di Masjid Ubudiah, di sini sekitar jam 12.30 tengah hari.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, barisan Exco serta ketua-ketua jabatan dan agensi.

Para jemaah di Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar.

Majlis dimulakan dengan majlis bacaan Surah Yassin dan Doa Selamat yang dipimpin Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Ia kemudian disusuli dengan solat Jumaat yang diimamkan oleh Imam Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Syed Muhammad Hazwan Syed Azmai.

Terdahulu, Imam Utama Masjid Ubudiah, Badrul Husaini Baharudin membacakan khutbah khas bertajuk ‘Peranan Dan Tanggungjawab Raja Pemerintah’ yang disediakanm JAIPk.

Menerusi khutbah berkenaan, beliau berkata, raja berperlembagaan berperanan sebagai tonggak kestabilan, pancur keadilan, dan payung penyatuan dengan memberikan naungan yang adil kepada rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Imam Utama Masjid, Badrul Husaini Baharudin membacakan khutbah khas bertajuk ‘Peranan Dan Tanggungjawab Raja Pemerintah’ di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar.

“Raja berperlembagaan ialah penimbang tara bebas lagi berkecuali kepada cabang perundangan, eksekutif dan kehakiman, demi memastikan terlaksana secara bermakna mekanisme semak dan imbang agar diperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi yang mengutamakan amalan pengasingan kuasa,” katanya.

Pada masa sama, majlis kesyukuran dan doa selamat berkenaan turut berlangsung serentak di semua masjid dan surau diri Jumaat di Perak.

Ia merupakan acara tahunan sempena sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Perak yang ditetapkan pada Jumaat pertama dalam bulan November. -MG Perak

BACA SELANJUTNYA:

Perdana Menteri, merafak sembah ucapan taniah ulang tahun keputeraan Sultan Nazrin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI