Sultan Nazrin berkenan berangkat ke LHKSN 2023

TAIPING – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) 2023 di Dataran Warisan dekat sini, bersama-sama lebih 9,000 peserta pada Ahad.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, puteri baginda, Raja Nazira Safya serta adinda Sultan Nazrin, Raja Datuk Seri Yong Sofia.

Turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Saidi Abdul Rahim, dan Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh.

sultan perak sultan nazrin taiping dataran warisan taiping larian keputeraan sultan nazrin larian sultan perak sultan perak sultan nazrin taiping dataran warisan taiping larian keputeraan sultan nazrin larian sultan perak sultan perak sultan nazrin taiping dataran warisan taiping larian keputeraan sultan nazrin larian sultan perak sultan sultan perak sultan nazrin taiping dataran warisan taiping larian keputeraan sultan nazrin larian sultan perak sultan nazrin
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan pelepasan pesera Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) 2023 di Taiping. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 NOVEMBER 2023.

Larian bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Perak itu bermula dengan pelepasan peserta larian bagi kategori 15 kilometer (km) pada jam 7 pagi oleh baginda di Dataran Warisan.

Sultan Nazrin turut berkenan melepaskan peserta larian kategori 10 km sebelum berangkat menyertai larian bagi kategori tetamu kenamaan sejauh tiga km yang disempurnakan pelepasannya oleh Raja Yong Sofia.

Pada masa sama, ada dalam kalangan peserta mengenakan pakaian tradisional serta kostum watak-watak terkenal dalam filem antarabangsa.

Para peserta pada acara Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) 2023 di Taiping. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 NOVEMBER 2023.

Selain itu, peserta dan pengunjung LHKSNS 2023 turut dipersembahkan dengan pelbagai persembahan di sepanjang trek larian di sekitar Taman Tasik dan garisan penamat di Padang Esplanade.

Antara persembahan yang pamerkan adalah persembahan pancaragam, kompang, gendang cina, serta demonstrasi tempur, formasi dan payung terjun dari Tentera Darat.

Antara persembahan yang dipersembahkan pada acara Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) 2023 di Taiping. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 NOVEMBER 2023.

Mereka juga juga berpeluang melihat keunikan melalui identiti produk, tempat, barangan atau makanan di Taiping.

Buat julung kalinya LHKSNS 2023 yang memasuki siri ke-11 itu diadakan di luar Kuala Kangsar iaitu di Taiping, bersempena dengan sambutan ke-150 tahun Bandar Warisan itu pada 2024.

Pada acara tahun ini, turut dipertandingkan melibatkan kategori 7km bagi peserta sekolah menengah dan 3km bagi sekolah rendah dalam kawasan Zoo Taiping pada Sabtu. -MG Perak.

 

Artikel Berkaitan:

Lebih 200 hadir majlis kesyukuran, doa selamat hari keputeraan Sultan Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI