Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Sambutan Deepavali

TANJUNG MALIM – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali Peringkat Negeri Perak di Dewan Sri Tanjung, di sini, pada Ahad.

Ketibaan baginda berdua pada jam 2.45 petang itu diringi Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin bersama barisan Exco Kerajaan Negeri.

Turut berkenan berangkat pada majlis itu, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 53 anak yatim daripada Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam; Pertubuhan Pengurusan pusat Jagaan 1Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Insan Kanak-Kanak Arut Perum Jothy, Ipoh.

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Sambutan Deepavali
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada Majlis Sambutan Deepavali 2023 Negeri Perak Darul Ridzuan di Dewan Sri Tanjung, Tanjung Malim. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 NOVEMBER 2023.

Kira-kira 5,000 rakyat pelbagai lapisan masyarakat, kaum dan agama dari sekitar Tanjung Malim hadir memeriahkan majlis sambutan Deepavali berkenaan .

Pelbagai jenis makanan dan kuih muih tradisi masyarakat India antaranya idli, puri, vadai dan putu mayam serta makanan tradisi pelbagai kaum lain turut disajikan bagi meraikan sambutan Deepavali tersebut.

Selain itu, pelbagai persembahan kebudayaan meliputi tarian dan nyanyian tradisi masyarakat pelbagai kaum turut dipersembahkan pada majlis tersebut. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN:

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke LHKSN 2023

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI