Pengusaha lemang, Mohd Fazree Abdullah , 38, menunjukkan lemang jagung daun lerek yang di masak dengan sempurna sebelum menjual kepada pelanggan dengan harga RM20 hingga RM22 sempena perayaan Aidilfitri ketika MG Perak di Jalan Pasir Puteh, Pengkalan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 9 APRIL 2024.
MESKIPUN cukup terkenal di negeri-negeri Pantai Timur Lemang Daun Lerek mempunyai peminatnya sendiri di Perak apatah lagi setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Jurugambar MG Perak, Abdullah Yusof sempat merakam penyediaan Lemang Daun Lerek oleh anak Jati Tanah Merah, Kelantan, Mohd Fazree Abdullah, 38 yang menjual lemang berkenaan di Jalan Pasir Puteh, Pengkalan, Ipoh.