LPHP julung kali anjur tuisyen percuma untuk anak-anak PPR

TAIPING – Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) buat julung kali menganjurkan Program Tuisyen Percuma bagi membantu anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pangsapuri Simpang Perdana, di sini.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, program yang turut mendapat kerjasama Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Marhaen Taiping (KMM) melibatkan 20 orang murid berusia antara lapan hingga 10 tahun.

Menurutnya, program itu selepas KMM mengemukakan cadangan pada tahun lalu manakala LPHP menyediakan satu unit pangsapuri untuk dijadikan pusat tuisyen.

“Setakat ini seramai 20 anak-anak PPR Simpang Perdana mengikuti kelas tuisyen ini yang memberi tumpuan khusus kepada mata pelajaran bahasa Inggeris.

“Kita nampak program tuisyen ini berjalan dengan baik dan melalui kelas tersebut ia dapat memberi bimbingan dan membantu anak-anak dalam memperkasakan bahasa Inggeris.

“Selain itu, anak-anak terbabit dilihat ada pencapaian dan peningkatan dalam penggunaan bahasa Inggeris menerusi kelas tuisyen tersebut,“ katanya.

LPHP julung kali anjur tuisyen percuma untuk anak-anak PPR
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching merasmikan Program Tuisyen Percuma Program Perumahan Rakyat (PPR) Pangsapuri Simpang Perdana, Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 NOVEMBER 2024.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Bersama Penduduk PPR dan perasmian Program Tuisyen Percuma di PPR Simpang Perdana, di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, Mohamed Akmal Dahalan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Khairul Amir bin Mohamad Zubir.

Pada perasmian itu, Shy Ching turut menyampaikan sumbangan pendingin hawa bagi keselesaan murid-murid yang mengikuti kelas tuisyen berkenaan.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan pihak LPHP dalam perbincangan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut untuk memperluaskan kelas tuisyen itu.

“Saya nampak ini memang satu kerjasama strategik yang sangat baik dan NGO dapat memainkan peranan membantu kita dari segi pembangunan pendidikan anak-anak di PPR.

“Jadi kita memang galakkan PPR lain dan NGO, syarikat atau pertubuhan yang berhasrat untuk membuat kerjasama seperti itu, memang sangat dialu-alukan,“ ujarnya.

LPHP julung kali anjur tuisyen percuma untuk anak-anak PPR
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching menyantuni kanak-kanak selepas merasmikan Program Tuisyen Percuma Program Perumahan Rakyat (PPR) Pangsapuri Simpang Perdana, Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 NOVEMBER 2024.

Shy Ching berkata, setakat ini fokus kelas tuisyen itu hanya tertumpu kepada bahasa Inggeris sahaja kerana tiada permintaan untuk menambah mata pelajaran lain.

“Bagaimanapun, dari semasa ke semasa prestasi anak-anak atau cadangan daripada ibu bapa akan diambil kira kerana kita perlu lihat tenaga pengajar dan jumlah pelajar yang ada serta beberapa faktor berkaitan.

“Di samping menguruskan kelas tuisyen, KKM turut membantu LPHP dalam membuat profiling penduduk melibatkan data dan situasi di setiap isi rumah.

“Ini supaya bantuan yang disediakan daripada pihak kerajaan dapat disalurkan kepada golongan berkelayakan di PPR tersebut,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak belanja lebih RM50 juta perkasa institusi pendidikan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI