Majlis TVET Perak jayakan hasrat Hab Koridor TVET Negara

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menubuhkan Majlis TVET Negeri Perak sebagai usaha memperkasakan sektor TVET atau Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional dalam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, majlis itu akan bertindak sebagai badan pemantau pencapaian pembangunan modal insan agar dapat memenuhi keperluan industri semasa melalui kerjasama awam dan swasta.

Menurutnya, inisiatif yang diterajui Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) itu adalah sebagai usaha menjayakan hasrat kerajaan negeri dalam menjadikan Perak sebagai Hab Koridor TVET Negara sebagaimana yang digariskan di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030.

Majlis TVET Negeri Perak TVET Perak Saarani Mohamad belia kemahiran koridor TVET Negara Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyempurnakan penyerahan surat tawaran Program Perantisan Latihan Dual Vokasional di Jerman pada program Pelancaran Majlis TVET Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru, Meru Raya. foto AMIRRUL RABBANI

Ujar beliau, antara usaha awal yang digerakkan di bawah inisiatif sama adalah menghantar 55 anak Perak ke Jerman dan China bagi menimba pengalaman serta mengikuti program TVET di luar negara.

“Seramai lima orang anak Perak akan dihantar mengikuti Program Latihan Dual Vokasional di Jerman selama tiga tahun secara teori dan praktikal ‘on-the-job-training’ di syarikat dengan kerjasama Felcra Education Services Sdn Bhd dan Study Germany.

“Di samping itu, kerajaan negeri juga akan menghantar 50 belia ke China bagi mengikuti latihan kemahiran jangka pendek dan panjang sebagai langkah permulaan membangunkan modal insan.

“Kolaboratif ini merupakan tawaran oleh industri dan Kerajaan China di bawah ‘Belt and Road Initiative (BRI)’ yang digerakkan oleh Tang International Education Group dengan kerjasama Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran atau Belia Mahir,” katanya.

Majlis TVET Negeri Perak TVET Perak Saarani Mohamad belia kemahiran koridor TVET Negara Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad merasmikan Pelancaran Majlis TVET Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru, Meru Raya. foto AMIRRUL RABBANI

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Majlis TVET Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru, Meru Raya, dekat sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan serta Pengarah PASAK, Aldrin Ng.

Antara objektif penubuhan Majlis TVET Negeri Perak adalah, memastikan kemampanan ekosistem TVET di negeri ini serta memperkukuhkan jaringan kerjasama pintar bersama agensi negeri dan persekutuan, institusi kemahiran, badan bukan kerajaan (NGO) serta pemain industri.

Selain PASAK, majlis berkenaan juga turut melibatkan usahasama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Institut Darul Ridzuan (IDR) serta rakan-rakan strategik lain.

Majlis TVET Negeri Perak TVET Perak Saarani Mohamad belia kemahiran koridor TVET Negara Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) sedang mendengar taklimat di reruai semasa Pelancaran Majlis TVET Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru, Meru Raya. foto AMIRRUL RABBANI

Tambah Saarani, usaha itu juga diwujudkan sebagai persediaan kerajaan negeri melahirkan seberapa ramai tenaga mahir dalam memenuhi keperluan pasaran pekerjaan melalui pembangunan projek-projek berimpak tinggi.

Jelas beliau, ia seperti pembangunan Lumut Maritime Industrial City (LuMIC), Silver Valley Technology Park (SVTP), kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian serta projek Perak Halal Industrial Park@Lekir (Perak HIP).

“Ada yang berpendapat, TVET ini sepatutnya menjadi pilihan paling akhir kerana tidak menjanjikan peluang yang baik untuk mendapat gaji setimpal. Ini adalah stigma yang kita mesti kikis.

“Hakikatnya, graduan TVET bukan sahaja semakin menjadi rebutan oleh para majikan di luar sana, malah permintaan terhadap lulusan TVET kini semakin meluas,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Geely rancang buka universiti antarabangsa di Tanjung Malim

Belanjawan Perak 2024: RM3.5 juta perkasa agenda PASAK

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

  1. salam madani,,
    KEPADA : Tan Sri, YB Datuk, Tuan/Puan
    Kami khusunya warga Ipoh ingin memohon untuk program Majlis TVET PERAK

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI