Mangsa banjir dan PPS di Perak terus berkurangan

IPOH – Jumlah mangsa banjir dan pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak terus berkurangan kepada 75 orang daripada 22 keluarga di dua PPS setakat pagi Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, ia selepas PPS Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Taman Meru 2A, Ipoh, ditutup malam Ahad.

Menurut Sekretariat JPBN Perak, ke semua 75 mangsa banjir berkenaan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu dan SK Changkat Lobak di daerah Kerian.

“Seramai 57 mangsa banjir daripada 19 keluarga melibatkan Kampung Beriai, Kampung Selekoh, Kampung Parit Air Hitam 2 dan Kampung Parit Ali Kalang masih ditempatkan di PPS SK Alor Pongsu.

“Manakala seramai 18 mangsa daripada tiga keluarga masih ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak dan kesemua mereka merupakan penduduk dari Kampung Matang Tengah, Kampung Changkat Lobak dan Kampung Beriai,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air sungai di semua sungai utama negeri ini berada di paras normal setakat pagi Ahad.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula meramalkan hujan akan berlaku pada sebelah petang dan malam di kebanyakan daerah di negeri ini. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mangsa banjir Perak kekal 83 orang di tiga PPS

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI