Mangsa banjir Perak kekal 83 orang di tiga PPS

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak kekal 83 orang daripada 23 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, seramai 18 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di daerah Kerian.

Menurut Sekretariat JPBN Perak, terdapat sebuah lagi PPS di daerah Kerian yang masih dibuka iaitu SK Alor Pongsu yang menempatkan 57 mangsa daripada 19 keluarga.

“Sebanyak enam buah kampung di daerah Kerian masih terjejas dengan banjir melibatkan Kampung Matang Tengah, Kampung Changkat Lobak, Kampung Beriai, Kampung Selekoh, Kampung Parit Air Hitam 2 dan Kampung Parit Ali Kalang.

“Selain itu, seramai lapan mangsa daripada sebuah keluarga di daerah Kinta masih ditempatkan di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Taman Meru 2A, Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air sungau di semua sungai utama negeri ini berada di paras normal setakat pagi Ahad.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula meramalkan hujan akan berlaku pada sebelah petang dan malam di semua daerah.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak turut memaklumkan FT 147 Jalan Selama hanya dibuka kepada kenderaan berat dan orang ramai diarahkan menggunakan jalan alternatif di A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak ditutup hari ini

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI