PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak ditutup hari ini

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak terus menurun kepada 84 mangsa daripada 24 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS), melibatkan dua daerah setakat jam 2 petang Sabtu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan, di Hilir Perak yang sebelum ini menempatkan jumlah mangsa tertinggi ditutup sepenuhnya pada jam 1 petang hari ini.

Menurutnya, Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu di Kerian mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 57 orang membabitkan 19 keluarga manakala SK Changkat Lobak seramai 18 mangsa melibatkan tiga keluarga.

“PPS Dewan Orang Ramai (Majlis Bandaraya Ipoh) Taman Meru 2A di Kinta menempatkan sembilan mangsa melibatkan dua buah keluarga,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan hanya paras Sungai Bidor di Changkat Jong sahaja yang berada pada tahap amaran dengan mencatat ketinggian 3.25 meter (m) berbanding paras normal setinggi 2 m.

Sementara itu, Sekretariat turut memaklumkan Jalan Kubu Gajah Ijok-Sumpitan di Selama sudah dibuka kepada semua kenderaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan di kawasan tersebut.

“Orang ramai masih boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Pintasan Kampung Sumpitan – Kampung Masjid,” ujarnya.

Katanya, laluan FT 147 Jalan Selama di Kerian masih ditutup kepada semua kenderaan kerana paras air semakin meningkat dan orang ramai diarahkan untuk menggunakan jalan alternatif di A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah.

“Bagi laluan FT 1152 Felda Trolak Selatan di Batang Padang, hanya satu lorong dibuka untuk kenderaan ringan sahaja disebabkan keadaan bahu jalan yang runtuh.

“Manakala laluan A 129 Jalan Langkap – Air Hitam di Hilir Perak, satu papan tanda amaran sementara dipasang dan pengguna boleh menggunakan jalan alternatif di FT 058,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan, bagi laluan FT 001 Jalan Ipoh – Tanjung Malim hanya satu lorong dibuka untuk semua kenderaan. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN:

Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perak menurun

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI