Mayat lelaki ditemui tersepit dalam longkang

IPOH – Seorang lelaki maut ditemukan tersepit di dalam longkang di laluan Lebuh Bercham Timur, Pusat Bandar Baru Bercham, dekat sini, pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 1.50 tengah hari.

Katanya, sejurus selepas itu sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun diatur gerak ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, pasukan bomba yang tiba di lokasi menemukan mayat mangsa tersepit di dalam longkang, manakala identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti.

“Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pasukan bomba mengangkat mangsa sebelum menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) Ahmad Khairi Abu Halmi itu tamat pada jam 2.22 petang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Bomba bantu angkat jenazah remaja 200 kg

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI