MBI kutip hampir 300 tan metrik e-sisa

IPOH – Hampir 300 tan metrik bahan buangan elektrik dan elektronik atau e-sisa berjaya dikutip Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sejak pelancaran kempen Kutipan E-Waste tiga tahun lalu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, inisiatif melalui aktiviti ekonomi kitaran MBI itu berjaya mengurangkan 305 tan metrik CO2e (equivalent) jejak karbon melalui 401 program kutipan bersama rakan strategik syarikat swasta.

“Pada tahun ini sahaja iaitu sehingga Mei, sebanyak 25 tan metrik dengan pengurangan jejak karbon sebanyak 21.93 tan metrik CO2e melalui 55 program kutipan telah dicapai.

“Dan sasaran (kutipan e-sisa) pada tahun ini adalah 100 tan metrik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Datuk Bandar Ipoh Bersama Ketua Biro Media di Hotel M Roof, di sini, pada Isnin.

Majlis Bandaraya Ipoh MBI e sisa elektronik datuk bandar ipoh rumaizi
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin ketika sidang media Majlis Ramah Mesra Datuk Bandar Ipoh bersama Ketua Biro Media Perak 2024 di Hotel M Roof, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 JUN 2024.

Dalam pada itu Rumaizi memberitahu, MBI juga berjaya mengumpul 335 tan metrik minyak masak terpakai bagi tempoh tahun 2023 sehingga Mei 2024.

Menurut beliau, pengumpulan minyak masak terpakai bagi tujuan biodiesel itu berjaya mengurangkan 6.3 Tan Metrik CO2e jejak karbon di Bandar Raya Ipoh.

Ujar beliau lagi, bahan itu dikumpul dari 1,057 premis melibatkan kedai makan, kilang makanan, kantin sekolah, kafeteria hospital dan sebagainya.

“Di samping itu, MBI turut melaksanakan inisiatif pengumpulan tayar-tayar terpakai sejak tahun 2022 bagi tujuan penghasilan produk sekunder iaitu karbon, besi dan bahan bakar.

“Kerjasama dengan Syarikat Thowlee Recycle itu membuahkan hasil apabila sebanyak 3,632 tan metrik telah dikutip tayar terpakai berjaya dikutip,

“Ia secara tidak langsung mengurangkan jejak karbon sebanyak 2,179.2 Tan Metrik CO2e. Aktiviti pengumpulan tayar-tayar terpakai ini dilaksanakan secara berterusan dengan kerjasama lebih 100 kedai tayar di sini,” tambah Rumaizi.

Selain itu, beliau berkata, kesemua usaha berkenaan merupakan sebahagian daripada insiatif MBI untuk menjayakan misi Bandar Rendah Karbon 45 peratus menjelang tahun 2030. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak hasrat perkenal bas, teksi elekrtik di Ipoh

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI