MBI sita lima gerai tepi jalan selepas tular bas langgar pembeli

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), menyita lima gerai yang berniaga di tepi Jalan Meru -Klebang di Klebang Putra menerusi Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pagi semalam.

Operasi bersepadu itu melibatkan 24 anggota dari Jabatan Kesihatan Persekitaran, Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan serta Jabatan Kawalan Pembangunan MBI.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, tindakan penguatkuasaan terpaksa diambil lokasi berkenaan kerana ia mengundang bahaya kepada pembeli yang berhenti di gerai yang terletak di tepi jalan terbabit.

Menurutnya, penjaja yang menggunakan khemah sementara tidak dilesenkan oleh MBI turut dikenakan tindakan.

“Sebanyak lima gerai tepi jalan telah disita manakala dua penjaja masing-masing dikenakan kompaun RM250 di bawah Undang – Undang Kecil Penjaja (MBI) 2020.

“Selain itu, sebanyak 20 notis di bawah Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 turut dikeluarkan pada operasi tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan sambutan Hari Tandas Sedunia 2023 peringkat MBI di sini pada Khamis.

Dalam perkembangan berkaitan, Rumaizi berkata, operasi tersebut akan dilaksanakan dari semasa ke semasa terutamanya di lokasi-lokasi berisiko di sekitar Ipoh supaya insiden sama tidak berulang pada masa akan datang.

Terdahulu, tular video dua mekanik yang cedera ringan selepas dilanggar sebuah bas sewaktu membeli makanan di salah sebuah gerai di kawasan berkenaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MBI jadi bandar peneraju IMT-GT bagi ekonomi kitaran

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI