MBI jadi bandar peneraju IMT-GT bagi ekonomi kitaran

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjadi bandar raya peneraju bagi aktiviti ekonomi kitaran di bawah Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pelbagai projek dan program dilaksanakan di bawah ekonomi kitaran membabitkan pelbagai lapisan masyarakat terdiri dari pelajar sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemilik premis perniagaan agensi kerajaan dan yang berkaitan

Menurutnya, ekonomi kitaran turut dimasukkan dalam pelaksanaan Rangka Tindakan (blueprint) 2022-2026 berhubung Rangka Kerja Strategik Penggunaan SUDF IMT-GT (Rangka Kerja Pembangunan Bandar Lestari).

“Ia diiktiraf oleh Pemimpin IMT-GT pada Sidang Kemuncak IMT-GT ke-12 pada 2019 sebagai dokumen panduan untuk mengemudi pembangunan bandar hijau selaras dengan tunggak alam sekitar Visi 2036.

“Green Cities Mayor-Council (GCMC) turut ditubuhkan sebagai task force untuk mempercepatkan pelaksanaan tindakan serantau, subrantau, subnasional dan tempatan.

“Selain itu, menjalin kerjasama dengan serantau dan negara antarabangsa lain untuk melaksanakan projek yang dikenal pasti dalam SUDF,” katanya.

MBI jadi 'lead city' di IMT-GT bagi ekonomi kitaran
Ketua Komisi II DPR Acheh, Khairil Syahrial melihat pameran yang ada di SMK Raja Perempuan Ipoh berkaitan ekonomi kitaran, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 NOVEMBER 2023.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media selepas mengadakan lawatan bersama Timbalan Datuk Bandar Hatyai, Profesor Dr Wichai Kanchanasuwan dan Ketua Komisi II DPR Acheh, Khairil Syahrial ke SMK Raja Perempuan, di sini, pada Selasa.

Pada lawatan itu, delegasi lawatan diberi taklimat dan penerangan mengenai ekonomi kitaran dan e-waste.

Dalam pada itu, Rumaizi berkata MBI giat melaksanakan pelbagai projek dan program yang boleh menyumbang kepada ekonomi kitaran.

“Antara projek yang dijalankan termasuklah Kempen 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) oleh pelajar sekolah, projek pengumpulan sisa elektronik dan elektrik (e-waste), kitar semula tayar terpakai (proses pirolisis).

“Turut dilaksanakan projek pengumpulan minyak masak terpakai dan Kiosk Pandu Melalui Kitar Semula Automatik (ADTRec) – Trash4Cash,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap delegasi dari Hatyai, Thailand dan Banda Aceh, Indonesia  dapat menjadikan program dan projek yang dilaksanakan MBI ini sebagai contoh untuk menaik taraf ekonomi kitaran di negara masing-masing. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN:

MBI sasar pembayaran bil cukai taksiran secara digital sepenuhnya menjelang 2027

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI