MGPerak: Kerajaan Perak Sedia Beri Bantuan Kaunseling Kepada Keluarga Nurfisya

11

Kerajaan Negeri Perak bersedia memberi bantuan khidmat kaunseling kepada keluarga Nurfisya Zulkifly, 19, yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh, Kelantan, Jumaat lalu.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, khidmat berkenaan akan diberikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut beliau, wakil JKM telah menziarahi dan menyantuni keluarga arwah yang juga penuntut sebuah kolej di Kelantan baru-baru ini di kediaman mereka di Kuala Kangsar. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #NurfisyaZulkifly

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini