MBI tawar 1,310 petak niaga di 19 lokasi Bazar Ramadan 2024

IPOH – Sebanyak 1,310 petak niaga di 19 lokasi Bazar Ramadan ditawarkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk peniaga sepanjang Ramadan tahun hadapan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, permohonan itu boleh dibuat bermula 26 Disember sehingga 10 Januari 2024.

Menurutnya, persatuan penjaja, koperasi peniaga, jawatankuasa penduduk atau pihak yang berminat boleh mengemukakan serta mendapatkan borang permohonan di tingkat lima Jabatan Kesihatan MBI.

“MBI akan menganjurkan Bazar Ramadan 2024M / 1445H yang dijangka bermula pada pertengahan Mac tahun hadapan.

“Senarai lokasi boleh dirujuk melalui iklan tawaran penganjuran Bazar Ramadan 2024 yang akan dikeluarkan mulai 26 Disember,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Bulan Disember Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Rumaizi menjelaskan sekiranya sesuatu lokasi tersebut terdapat lebih daripada satu permohonan, MBI akan memilih permohonan yang berjaya berdasarkan kriteria penilaian dan pemilihan penganjur Bazar Ramadan yang diluluskan pada Mesyuarat Tujuan Am 2022 yang lalu.

“Kita menggalakkan penganjur Bazar Ramadan 2024 membuka lokasi lain selain lokasi yang dinyatakan dengan syarat permohonan dibuat dan mendapat kelulusan Majlis.

“Sehubungan itu, kita berharap penganjuran Bazar Ramadan 2024 akan berjalan lancar di samping membuka ruang rezeki kepada golongan peniaga serta penjaja kecil di kawasan MBI,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MBI sita lima gerai tepi jalan selepas tular bas langgar pembeli

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI