Memorandum Pelaksanaan Banci Pertanian 2024 diluluskan

SUNGKAI – Jabatan Perangkaaan Malaysia (DOSM), secara rasminya memperoleh kuasa bertulis bagi menggiatkan lagi kerja-kerja persediaan pelaksanaan Banci Pertanian 2024, khususnya pewartaan.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, ia selepas Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 November lalu meluluskan Memorandum Jemaah Menteri bagi Pelaksanaan Banci Pertanian 2024

“Pelaksanaan banci ini adalah sejajar dengan resolusi Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengesyorkan agar semua negara melaksanakan Banci Pertanian dengan kekerapan sekali dalam tempoh 10 tahun.

“Negara seperti Australia, Kanada dan Republik Korea melaksanakan Banci Pertanian lima tahun sekali, manakala Indonesia, Filipina, Thailand dan Sri Lanka pula melaksanakannya dengan kekerapan 10 tahun sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Program Penghijauan Malaysia Sempena Banci Pertanian 2024 di Dewan Sigma, Institut Latihan Statistk Malaysia (ILSM), di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut Mohd Uzir berkata, banci berskala besar itu meliputi bancian ke atas isi rumah dan pertubuhan perniagaan yang terlibat dalam aktiviti pertanian iaitu tanaman makanan dan komoditi; ternakan; perikanan dan akuakultur serta pembalakan dan perhutanan.

Ujar Mohd Uzir, Kali terakhir Malaysia menjalankan Banci Pertanian adalah pada tahun 2005 semasa di bawah pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

“Maklumat utama yang akan dihasilkan daripada bancian ini adalah demografi pegangan pertanian; keluasan tanah; sistem pengairan; pekerja; agro-pelancongan dan kemudahan pembiayaan.

“Selain itu ia juga melibatkan pendapatan dan perbelanjaan aset; amalan pertaniaan dan penggunaan teknologi; ekonomi digital dalam pemasaran dan aspek keterjaminan makanan,” katanya.

Beliau berkata, semua agensi menaruh harapan yang tinggi kepada pelaksanaan Banci Pertanian 2024 dan beliau juga ingin mengambil kesempatan berharap agar semua pihak dapat memberikan komitmen dan kerjasama baik dalam menjayakannya.

“Ia supaya dapatan data yang diperoleh adalah tepat dan berkualiti bagi tujuan perancangan dasar dan pembangunan sektor pertanian negara,” katanya.

Menurut Mohd Uzir, kira-kira 1.6 juta petani dan pemain industri akan terlibat dalam Banci Pertanian 2024 di mana maklumat yang dikumpul akan digabungkan dengan data-data industri yang diperoleh melalui bancian berkenaan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sektor pertanian perlu ‘diremajakan’ untuk tarik belia

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI