MGPerak: Belanja Puluhan Ribu Ringgit Ubah Persepsi Rumah Pusaka Usang Dan Uzur

45

DISEBALIK keindahan kampung tradisional Melayu di Kampung Jias di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, terdapat sebuah rumah di situ yang kini telah diubah suai menjadi ‘Rumah Hello Kitty’.

Pemilik Rumah Hello Kitty Kuala Kangsar, Hamidah Abdul Rahim, berkata, selain daripada dalam rumah, tarikan lain seperti taman bunga, lokasi mural, ruang jualan, kedai makan, kincir angin mini yang semuanya dicat dengan warna merah jambu juga dibuka kepada lawatan pengunjung.

Katanya, pengunjung boleh melawat ke rumah yang diinspirasikan daripada karakter yang dihasilkan pelukis Jepun, Yuko Shimizu, pada setiap hujung minggu, cuti umum dan musim cuti sekolah. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini