TANJUNG MALIM – Menunggang motosikal pada kelajuan tinggi sebelum cuba mencelah antara kenderaan dipercayai menjadi punca kemalangan maut membabitkan 12 motosikal dan tiga kereta di Jalan Jelapang-Ampang, Sabtu lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan awal mendapati kumpulan penunggang motosikal terbabit dipercayai bergerak laju sebelum hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





