Kedudukan kewangan Perak terus mengukuh apabila merekodkan kutipan hasil sebanyak RM1.05 bilion setakat 25 November 2023, menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu berkata, Kerajaan Negeri Perak yakin dapat mengatasi sasaran kutipan hasil RM1.28 bilion yang ditetapkan bagi tahun ini.