Belanjawan Perak 2024: Kerajaan negeri beri insentif RM100,000 kepada Perak Bison

IPOH – Kerajaan Negeri Perak berbesar hati mengumumkan insentif bernilai RM100,000 kepada pasukan Perak Bison yang berjaya merangkul juara Sepak Takraw League (STL) dan Piala Tun Ali 2023.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turut mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan tersebut.

“Sukacita saya mengumumkan kerajaan negeri berbesar hati untuk memberi insentif bernilai RM100,000 kepada pasukan ini,” katanya.

Sebelum ini, Perak dinobatkan juara STL 2023 pada Julai lalu walaupun berkongsi 28 mata bersama, Kuala Lumpur (KL) Thunder, Perak Bison selepas memiliki kelebihan kiraan set kemenangan.

Selain itu, Perak Bison turut muncul juara Kejohnan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2023 bagi acara regu selepas menewaskan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir di Dewan Bola Keranjang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Bukit Serindit, Melaka.

Saarani turut mengumumbkan berita baik kepada peminat sukan elektronik (e-sukan) apabila kerajaan negeri menyediakan RM500,000 untuk pembangunan sukan tersebut.

Katanya, peruntukan itu meliputi penganjuran dan penyertaan pertandingan merangkumi latihan, sewaan dan perolehan peralatan, kejurulatihan serta athlete attachment programme.

“Peruntukan itu adalah sebahagian daripada RM27.8 juta bagi pembangunan sukan di negeri yang meliputi Belanja Pembangunan dan Belanja Mengurus.

“Bagi meneruskan agenda pembangunan sukan secara inklusif, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM27.8 juta meliputi RM3.43 juta di bawah Belanja Pembangunan yang merangkumi RM2.43 untuk Majlis Sukan Negeri (MSN) bagi penyediaan bilik hidroterapi atlet dan penyelenggaraan bangunan MSN.

“RM600,000 bagi program sukan dan sukan orang kurang upaya (OKU) dan RM400,000 pula  untuk  penganjuran  Sports  Tourism sempena Tahun Melawat Perak 2024.

“Manakala RM24.4 juta pula disediakan di bawah Belanja Mengurus termasuk pelaksanaan pelbagai program sukan iaitu RM7.3 juta persediaan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak; RM2 juta untuk Sewaan Fasiliti Sukan; RM1 juta Para SUKMA serta e-sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Belanjawan Perak 2024 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada Jumaat.

Selain itu, beliau berkata sebanyak RM120,000 untuk Program Penggalakan Sukan melalui Majlis Sukan Daerah dan RM100,000 juta bagi Insentif Kecemerlangan Sukan Negeri turut dimasukkan ke dalam peruntukan tersebut. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN:

Belanjawan Perak 2024: Kadar Kad Perak Sejahtera naik kepada RM100

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI